20 June 2009

perihal stereotaip

jika kita lain daripada yang lain atau dengan kata lain 'unik', kita akan mudah merasa diri kita di stereotaip. apa maksud sterotaip? stereotaip bererti seseorang yang dianggap mempunyai ciri yang sama seperti orang kebanyakan lain yang datang dari golongan yang sama.

aku perasan aku disterotaipkan dalam tiga kes, ianya kecil dan tidak memudaratkan tapi tetap namanya stereotaip.

kes pertama, berlaku bila aku beli paper pagi-pagi. sewaktu di Alor Setar aku selalu beli akhbar pukul 6.30 pagi dekat depan Shell Jalan Sultanah. memang aku selalu beli awal dan Achi jual suratkhabar tu pun dah cam muka aku dan hafal akhbar yang aku beli iaitu The Star. Tiap-tiap hari aku beli The Star cuma hari Ahad aku beli Mingguan Malaysia dan ... Sunday Star.

Awal Subuh aku dah hidupkan enjin kereta dan pergi beli, situasi stereotaip ini akan terjadi bila Achi ni tak jaga gerai tapi anak dia atau suami dia yang jaga. Bila aku sampai gerai dan buka tingkap kereta aku akan cakap "Bagi The Star" kemudian anak/suami Achi ini akan datang dan hulur akhbar Utusan Malaysia. lain di pesan lain yang dapat dan ini berlaku banyak kali. Jika diperhati stereotaip ini berlaku kerana aku Melayu maka dianggap aku hanya akan baca Utusan dan bukannya akhbar Inggeris seperti The Star. aku di stereotaip atas bangsaku sebagai Melayu.

kes kedua, berlaku bila aku pergi pasar malam dan beli vcd/dvd pirate. mamat dan cina penjual cd pirate ini akan rekomenkan cerita yang 'best'. apa yang dikategorikan sebagai best? macam mana dia tau apa yang best pada dia itu best juga pada aku. jangan salah faham 'best' disini tidak bermaksud bahan pornografi. itu kita semua sudah maklum akan kebestannya (bertaubatlah). tiba-tiba teringat dialog sms "tak sangka abang begini!" - ha ha ha.

maksud aku best disini yang dimaksudkan ialah cerita filem bercorak action, penuh dengan aksi dan letupan. Contohnya Terminator Salvation, Transporter 3, X-Men, Ong Bak dan lain-lain yang sewaktu dengannya. apakah kerana aku lelaki maka seharusnya aku dianggap minat cerita-cerita aksi ganas, lawan-lawan dan bom ke hulu dan bom ke hilir itu. aku lebih minat cerita yang meletup pada dialognya. dialog yang fantastik, plot yang melekat dan akhirnya menyentuh emosi bukan jenis yang karate ke hulu dan taichi ke hilir.

sekali lagi dalam kes ini aku distereotaipkan oleh mamat dan cina penjual cd pirate tadi. aku distereotaipkan atas jantinaku sebagai lelaki. aku tak pasti pulak apa yang mamat/cina tadi akan rekomen untuk pelanggan perempuan. hmm.. mungkin movie chick flick kot.

kes ketiga, yang berlaku malam tadi ketika aku ke KFC untuk membeli Ice Lemon Tea dan nugget ayam. buat pengetahuan anda Ice Lemon Tea adalah air yang paling sedap. ini bukan stereotaip ini betul-betul. Setelah beli dan tapau balik aku pun buka dan cari la sos untuk dimakan bersama nugget tadi. belek punya belek ada 4 paket sos yang disertakan dan semuanya sos cili. aik! mana sos tomato? aku jarang makan sos cili kerana bukan pedas pon sos tu jadi aku kebiasaannya pilih sos tomato kerana lebih sedap.

kalau kita lihat statistik aku percaya banyak orang suka sos cili daripada sos tomato. kecuali mungkin orang Itali kot kerana pizza dia semua bubuh sos tomato. jadi pekerja KFC tadi telah menstereotaipkan aku dengan mengandaikan bahawa aku adalah sama seperti majoriti orang yang suka akan sos cili. beliau sepatutnya memasukkan juga sos tomato sebagai alternatif biarpun sepeket cuma. disini aku distereotaipkan sekali lagi atas diriku sebagai golongan minoriti iaitu penggemar sos tomato.

No comments:

Post a Comment